Falsafah pengurusan dan kerja Ibnu Khaldun

Posted by GPTD MAGHRIBI

Perniagaan adalah berkisar kepada kehidupan. Ia memerlukan perancangan, adaptasi tanpa henti.ketabahan dan kekuatan. Ia juga memerlukan kesabaran dan keupayaan untuk bekerjasama danberganding bahu dengan orang lain. Tambahan lagi, kita dikehendaki belajar untuk hidup dengan jiransebagai mana berupaya untuk memahami strategi pihak lawan dan pergerakannya. Yang palingteratas adalah kita mesti bekerja keras untuk berjaya.Cendekiawan sejarah abad ke- 14 ini telah menulis berkenaanpemerhatian beliau dalam semua iklim geo-politik pada masa itu. Karyahebat beliau bertajuk Muqqadimah memberi gambaran pemikiran beliauberkenaan pengurusan dan kerja.Para pembaca akan mendapat laluan terus berkenaan perkara tersebut.Komen-komen yang terdapat pula hanya untuk memandu semula intipatiintipati penting dalam karangan beliau.Matlamat adalah untuk mengenetengahkan idea segar berkenaan.kepimpinan yang cuba digarap bagi menyuburkan keharmonian dalam pangkat dan kesetiaan kepada organisasi melalui penggunaan konsepmentor yang berasaskan corak pengurusan. Kemudian, kita akan bergerak ke idea Ibnu Khaldun berkenaan kerja, kejayaan dan perniagaan.


Apa itu pengurusan/kepimpinan ?.
Ramai cendekiawan klasik telah menghasilkan buku dan penulisan yang jatuh ke genre yang dipanggil Nasihat al Muluk (nasihat kepada raja). Nasihat-nasuhat ini ditujukan bagi penguasa diraja yang menegaskan bahawa mereka (cendekiawan) adalah orang yang berkhidmat di mahkamah-mahkamah sultan, khalifah dan putera raja di pelbagai wilayah yang menjadikan mereka lebih rapat dengan mahkamah yang ditubuhkan. Mereka telah memerhati kerja-kerja dalaman, politik dan perkara yang menyeleweng antara pekerja mahkamah sebagai mana juga permainan dalam antara mahkamah dan rakyat jelata.

Ibnu Khaldun menulis “ Pemerintahan yang baik adalah bersamaan dengan belas kasihan (disebabkan oleh toleransi dan keanjalan)…. Sekiranya pemerintah menggunakan kekerasan dan bersedia untuk menguatkuasakan hukuman dan suka mendedahkan kesalahan rakyatnya..mereka akan menjadi takut dan tertekan dan cuba mencari perlindungan melalui kaedah penipuan, suka mengelak dari dikenakan hukuman dan berbohong…sekiranya pemerintah berterusan mengenakan kuasa cengkaman kepada rakyatnya, perasaan kekitaan akan musnah. Sekiranya pemerintah lembut dan memaafkan kesalahan, rakyat akan berlindung dan mempercayainya. Pemerhatian Ibnu Khaldun ke atas iklim politik ini datangnya dari keadaan persekitaran pada waktu itu.Sungguh pun begitu, ia masih boleh diaplikasikan kepada teori pengurusan perniagaan moden.Pemikiran beliau menekan kepada kaedah penyuburan dalam pengurusan yang mana pengurus akan berusaha untuk mengekalkan kesetiaan dari orang bawahannya yang mana keputusan i(kesetiaan) ini datang daripada kekuatan yang wujud dalam kelebihan dan kelemahan dan setrusnya memanifestasikan sikap tersebut dalam organisasi. Pada pemikiran Ibnu Khaldun, seorang pengurus akan dilihat sebagai guru, pemberi motivasi dan strategis.


Apakah yang menggalakkan seseorang itu bekerja?
IBN KHALDUN ( 1382-1395 S.M) terkenal sebagai ilmuwan sejarah yang lahir di Tunisia dan dikenali sebagai pelopor bidang sosiologi, ekonomi dan sejarah.Tambahan kepada apa yang ditulis berkenaan pengurus yang unggul (dalam konteks pemerintah), Ibnu Khaldun juga telah meninggalkan kepada kita satu bentuk pemikiran yang boleh menggalakkan seseorang itu bekerja. Umum mengetahui bahawa untuk memastikan pekerja bermotivasi tinggi untuk bekerja dalam satu organisasi adalah satu masalah yang memeningkan. Ibnu Khaldun, secarasistematik memberitahu kita yang seseorang perlu memperolehi pendapatan sebagai rezeki baginya. Namun, ini akan bergerak scara progresif yang bakal membabitkan peningkatan dalam pangkat supaya beliau dapat memperolehi lebih pengaruh dan kemewahan dimata masyarakat. Berkenaan Kemahiran Perundingan: “Sekiranya seorang peniaga itu tidak takut akan pertengkaran, tahu bagaimana menyelesaikan kesudahannya dan sentiasa melibatkan diri
dalam pertikaian..dia lebih mudah untuk dilayan adil olehpedagang..sebaliknya, dia mesti mempunyai perlindungan dalampangkat..sesiapa yang tidak boleh bersikap agresif…mestilah elakkandiri dari perdagangan.


Seorang itu perlukan pendapatan bagi kehidupannya
“Manusia, secara semulajadi memerlukan sesuatu bagi menyaranya dan menyediakan baginya semua keadaan (keperluan) dan tahap kehidupan dari masa awal perkembangannya sehinggalah matang dan pada waktu tua. Allah telah menciptakan semua dalam dunia ini bagi manusia dan memberinya, sebagi petunjuk dalam beberapa surah dalam Al-Quran. Manusia akan menjelajah ke pelusuk dunia dan semua isinya kerana Allah menjadikan manusia itu khalifah diatas muka bumi.” Ini adalah komen Ibnu Khaldun berkenaan keperluan seseorang atas pendapatan yang berdasarkan pemahaman dalam Al-Quran berkenaan makhluk yang dijadikan khalifah di muka bumi oleh ALLAH.

Dengan menyatakan bahawa “Tuhan telah menciptakan segalanya…bagi manusia” belia telah merujuk kepada surah dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa bumi ini telah dijadikan musakhar (patuh kepada arahan) kepada manusia supaya mereka dapat menggunakan sumbernya bagi tujuan kebaikkan demi kemanusiaan dan kesejahteraan. Kerja mereka (manusia) adalah terarah kepada matlamat iaitu menguasai persekitarannya.


Apa itu kehidupan?
Dalam karangan yang panjang yang berikutnya, Ibnu Khaldun telah membahagikan kehidupan kepada beberapa mod yang berbeza menurut kefahamannya dan mendedahkan keadaan di ketika dia hidup. Dinyatakan oleh beliau berkenaan percukaian, pemburuan, pertanian, kraf dan perdagangan sebagai maksud sebenar dalam mencari rezeki. Intipati kepada semua aktiviti adalah di bawah tajuk perdagangan dengan perniagaan komoditi, produk atau pada hari ini – idea-idea. Perkara yang menarik untuk diambil adalah beliau mengenalpasti perdagangan dengan pemerhatian pada keadaan pasaran, satu perkara yang tidak termasuk pada pemburuan, pertanian dan kraf. Dibawah adalah perkara yang dirangkum dengan lebih jelas.
”Adalah untuk dimaklumkan bahawa “kehidupan” bermaksud satu keinginan bagi memperolehi rezeki dan usaha bagi mendapatkannya.” Rezeki dan faedah boleh diperolehi melalui pemilikan kuasa yang akan menjauhkannya dari yang lain dan kesesuaiannya adalah menurut norma umum yang telah dikenalpasti. Inilah yang dipanggil percukaian dan pengenaanya. Atau dari haiwan liar dengan membunuh atau menangkapnya secara keseluruhan di daratan atau di lautan. Atau dari haiwan ternakan dengan mengestrakkan produk berlebihan yang digunakan oleh orang ramai seperti susu, sutera, madu lebah atau dari tumbuhan yang ditanam dan tumbuh sebagai pokok melaui percambahan dan penyediaan bagi pengeluaran buah-buahan yang kesemuanya dipanggil pertanian. Atau dari faedah yang diberi oleh penggunaan tenaga buruh untuk sesuatu bahan yang khusus. Ini dipanggil sebagai kraf seperti penulisan, pertukangan kayu, jahitan, penenunan dan kemahiran. Atau boleh diaplikasikan kepada bahan bukan khusus. Ini, kemudiannya termasuklah profesion yang lain serta aktivitinya. Atau faedah samada dari barangan dan penggunaan kaedah pertukaran barang, peniaga boleh mendapat faedah samada melaui pengembaraan (berniaga) atau pengumpulan harta dan pemerhatian kepada kecenderungan pasaran yang memberi kesan ke atasnya. Inilah yangdipanggil perdagangan.



Mendaki tangga dalam karier
“…pangkat dibahagikan secara meluas…kebahagiaan dan kebajikan individu itu cukup rapat dan adabersangkutan dengan perolehan pangkat..penganugerahan pangkat merupakan hubungan terus kepada kuasa.”

Walaupun ungkapan berani ini dikeluarkan, Ibnu Khaldun telah mengabdikan perbincangan kepadaimpak yang mana pangkat dan status yang berupaya untuk dimiliki seseorang untuk menjalani kehidupan. Kebanyakkan kita secara terus mempunyai pengalaman akan keperluan untuk mendaki tangga yang telah dikenalpasti bagi mennambah keupayaan kita untuk menambah wang atau meningkatkan pengaruh. Pangkat membenarkan seseoarang untuk mempunyai laluan kepada peluang. Tanpanya, seseorang tidak akan berupaya mengawal sumber, tujuan dan hubungan diantaranya pada satu masa.


Memperolehi pangkat memerlukan kepuashatian senior/pemimpin; kemegahan akan
menjejaskan kemajuan.
“..seseorang yang mencari dan berkehendakkan pangkat mesti mengampu dan perlu kepada menggunakan puji-pujian ke atas orang yang berkuasa dan pemimpin. Sebaliknya, ia amatlah
mustahil baginya untuk mendapatkan pangkat. Makanya, pengampuan dan puji-pujian merupakan sebab-sebab kenapa seseorang itu berupaya memperolehi kedudukan yang menghasilkan kebahgiaan dan faedah dan amat mewah dan bahagialah bagi sesiapa yang memperolehinya (kuasa). Maka, terlalu ramai orang yang cukup megah dan angkuh sekiranya berkuasa. Pendapatn mereka secara langsung, akan terbatas terhadap keputusan ke atas daya usaha yang dimiliki oleh mereka…” Sekali pandang, petikan diatas lebih merujuk kepada ampu sebagai satu yang sikap negatif yang digunakan untuk “mendahului” pada konteks yang lain. Dalam kata lain, kita tidak septutnya keliru dengan cara “mengipas”. Apabila kita meletakkan komen atas mengampu dengan bacaan pada bahagian selepasnya, ini membicarakan berkenaan akibat/kesan atas kemegahan yang lebih masuk akal. Apa yang Ibnu Khaldun bicarakan di sini adalah bagaimana orang bekerja antara satu sama lain. Idea ini amat mudah baginya – sekiranya anda boleh bekerja dengan orang lain, anda akan memperolehi kedudukan/pangkat lebih tinggi dari yang lain dan jika anda gagal dalam keupyaanuntuk mendapatkan kedudukan, ianya adalah terhad kepada ras megah yang palsu semata-mata

.
Apakah kualiti yang diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perdagangan?
Memahami pasaran.
“…perdagangan bermaksud meningkatkan modal seseorang dengan membeli barangan dan cuba untuk menjualnya pada kadar lebih tinggi dari harga sebenar, sama ada menunggu aliran pasaran atau mengangkut barangan ke Negara di mana barangan tadi lebih dikehendaki dan membawa kepada harga yang lebih tinggi atau menjualnya dengan harga lebih tinggi pada masa depan”. Perniagaan adalah mudah – setidaknya pada Ibnu Khaldun, barangan dibeli pada harga rendah dan dijual pada harga yang tinggi. Aturan mudah ini juga diaplikasi pada perniagaan moden dan ianya secara langsung difahami oleh usahawan untuk memahami pasaran luar dan dalam. Tidak kisahlah samada anda menjual pisang, bot atau bangunan. Pembekalan, keperluan, penggunaan, perbelanjaan bagi impot dan ekspot dan sebagainya.- itu semua dirangkumkan kepada pengiraan terhadap apa yang ingin dijual.


Kemahiran Berunding
“ Dalam percubaan bagi memperolehi peningkatan modal yang mencetuskan faedah, tidaklah dapat dielakkan akan modal seseorang itu jatuh ke tangan pedagang, dalam proses pembelian dan jualan dan penantian terhadap pembayaran… Semua ini menyebabkan peniaga dalam kesusahan.Sekiranya dia tidak takut akan pertengakaran, tahu bagaimana menyelesaikan akaun dan sentiasa untuk melibatkan diri dalam pertikaian..dia mempunyai peluang yang lebih dilayani secara adil oleh pedagang..sebaliknya dia mesti melindungi diri dengan pangkat..sesiapa yang takut atau tidak aggresif..jauhilah perdagangan”.

Kejayaan dalam perniagaan memerlukan keazaman berterusan, dedikasi, ketabahan dan semangat tulen untuk berjaya. Tidak kisahlah samada anda pengendali warung, peniaga ekuiti, penjual kasut secara dalam internet dan sebagainya- hanya satu factor akan mendorong kearah kejayaan. Dan sama ada anda berunding dengan harga yang lebih baik bagi sepasang kasut atau nilai sukuk yang berjuta ringgit, kaedah perundingan adalah sesuatu yang peru dikuasai.


Apa yang mesti diperolehi?
Adakah idea sejarahwan abad ke-14 ini berkaitan dengan kita? Bagii semua, ini bukanlah satu soalan yang mustahak ditanya. Kita Percaya yang kunci kepada persoalan adalah bagaimana kita memperolehi manafaat dari dea-idea tersebut. Sekali pandang, tulisan Ibnu Khaldun itu jauh benar dari dunia hiruk-pikuk dunia moden tetapi motivasi dan kerja dinamik beserta kepimpinan yang beliau perincikan mempunyai persamaan terhadap hidup kita sekarang. Kita semua mahu memperolehi kehidupan sejahtera, bergerak ke hadapan dan berjaya dalam lapangan – samada kita menjual kacang putih atau pemikiran bernas. Ibnu Khaldun bercakap kepada kita tentang bagaimana untuk menjalani penghidupan, memeimpin dan berjaya

0 comments:

Post a Comment