Tokoh@Ulama: Dimuliakan Atau Disucikan?

Posted by GPTD MAGHRIBI

Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan), sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.


Adapun taqdis atau mensuci bererti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Islam menyuruh kita menghormati ulama atau disebut tauqir al-‘ulama tetapi tidak membenarkan kita mensucikan mereka atau taqdis al-‘ulama. Kita menghormati mereka kerana keilmuan mereka. Apabila mereka berbicara dan bertindak dalam kerangka ilmu, maka dihormati dan disayangi. Kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang hormat dan sopan.

Namun, dalam masa yang sama kita tidak dibenarkan menganggap mereka suci dari kesilapan dan kesalahan. Mereka bukanlah para rasul yang setiap tindakan mereka yang berkaitan dengan agama dianggap hujah. Adapun para ulama mereka terdedah kepada salah dan silap, sama seperti manusia lain. Apabila ternyata mereka salah, atau silap kita tidak boleh mengikut kesalahan kesilapan itu. Dalam ertikata lain, kita menghormati, bukan mensucikan mereka.

-Sekadar Gambar Hiasan-

Perkara yang begitu asas sebegini kadang kala gagal difahami oleh sesetengah umat Islam. Apabila mereka menghormati seseorang tokoh agama, mereka seakan menganggap pendapatnya suci, atau bagaikan wahyu yang mesti diikut tanpa perlu mengetahui alasan dan hujahnya. Mengikut secara ‘membabi buta’. Mereka letakkan tokoh-tokoh agama itu bagaikan nabi dan rasul.

Akhirnya, mereka mandulkan akal dan kewarasan mereka dengan mengikuti segala yang dititah atau pendapat yang dinyatakan oleh tokoh itu sekalipun ilmu dan akal yang Allah anugerahkan menyanggahinya. Ia amat berbahaya. Jika tokoh agama itu meminta wang daripada mereka, sekalipun tidak jelas alasannya mereka berikan. Jika tokoh agama itu memberikan pendapat dalam sesuatu perkara sekalipun ternyata salah dari segi angka dan fakta, mereka tetap telan dan terus menyanjung pendapat itu. Jika tokoh agama itu agung-agungkan dirinya dan menganggap dia luar biasa, sehingga ternyata kepada mereka yang bebas dari unsur ketaksuban bahawa itu adalah ‘takabur yang nyata’, namun pengikutnya tetap mencium tangan dan berkata ‘benar!’.

Maka bukan sedikit dalam sepanjang sejarah, atas nama agama atau tokoh agama eksploitasi terhadap akal, maruah, harta, kuasa dan berbagai lagi yang berlaku. Sebab itu Islam menentang sebarang unsur pemujaan kepada manusia sehingga mengenepikan ajaran Allah S.W.T dan RasulNya s.a.w.

Siapakah dalam kalangan ulama yang merasakan dirinya lebih baik daripada Saidina Abu Bakr al-Siddiq? Jika Abu Bakr berucap pada hari perlantikannya: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361), apakah layak untuk seseorang selain Abu Bakr berkata: “Aku mufti aku mesti betul”, atau “Aku tok guru aku tak akan salah”, atau “Aku ustaz, kau siapa?!”.

Perkara ini perlu sentiasa ditegaskan, agar kita mengetahui dan selalu sedar bahawa gelaran ‘ulama’, ‘tok guru’, ‘ustaz’, ‘kiyai’, ‘Abuya’dan berbagai lagi, hanyalah pemberian dan panggilan yang diberikan oleh manusia. Ia hanyalah anggapan baik atas faktor-faktor luaran yang dilihat pada seseorang dan persepsi yang ada dalam gambaran pihak yang memanggil atau memberikan gelaran tersebut.


Pengikut al-Arqam yang sgt taksub dengan Ust. Hj. Asaari

Samalah juga dengan Professor, Dr dan seumpamanya, walaupun ia menerusi proses yang tertentu, namun itu bukan pertabalan yang ditetapkan Allah seperti pertabalan nabi dan rasul. Ertinya, gelaran-gelaran itu bukanlah jaminan untuk mereka tidak salah, atau melakukan dosa kecil mahupun besar. Ia bukan jaminan kemaksuman. Ia hanya sangkaan baik sesama manusia.

Sebab itu, ada golongan yang dinamakan ‘ulama jahat’. Maka, hormati golongan agama dengan kadar-kadarnya, namun jika ada pandangan atau tindakan mereka melampaui batasan kebenaran dan ilmu, kita akan menyanggahi atau berbeza dengannya tanpa perlu mengukur kadar ‘gelaran’ atau berat serban, atau labuh jubah yang dipakai.

Masyarakat Islam Malaysia hari ini antara masyarakat yang agak berharta. Maka, ramailah yang datang dari dalam negara dalam luar menonjolkan berbagaikan kelebihan agama yang sebahagian mereka mempunyai agenda ‘wang besar’ ke atas kita. Cerita-cerita keajaiban kiyai itu dan ini mula kedengaran. Kehebatan jampi dan air liur tok guru itu dan ini mula dipromosikan. Ramai yang menjadi kaya kerananya. Jika ini tidak dibendung, ia akan menjerumuskan masyarakat kita kepada minda khurafat, bukan minda kewarasan dan ilmu.

Mereka ini kadang-kala cuba berperwatakan melebihi watak Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Sehingga seseorang memaklumkan kepada saya bahawa di tempatnya, ada penceramah (barangkali ada tauliah) berceramah tentang kelebihan guru tarekatnya yang boleh berhubung langsung dengan nabi dan para wali. Ceritanya itu mengingatkan saya kepada apa yang pernah disebut oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menjawab golongan sufi yang seperti itu di zamannya, kata beliau:

“Dalam kalangan mereka (golongan sufi) ada yang melihat empunya kubur datang kepadanya, sedangkan telah lama mati. Lalu dia (jelmaan itu) berkata: “Akulah si fulan”. Mungkin juga dia berkata : “Kami ketika diletakkan di dalam kubur kami boleh keluar…”.

Ulas Ibn Taimiyyah lagi : « Syaitan dalam banyak keadaan menyerupai rupa insan, samada dalam tidur atau jaga. Kadang-kala dia datang kepada sesiapa yang tidak tahu dan berkata : “Akulah syeikh si fulan, atau alim si fulan”. Kadang kala syaitan berkata : “Akulah Abu Bakr, Umar…” Kadang-kala pula dia datang ketika jaga (yaqazah) bukan mimpi lalu berkata : “Aku al-Masih (Isa)” , atau “aku Musa” atau “aku Muhammad” ».

Kata Ibn Taimiyyah lagi : « Aku tahu perkara yang seperti ini berlaku dalam berbagai-bagai cara. Maka di sana ada yang mempercayai bahawa para nabi datang dalam jaga (yaqazah) dalam rupa mereka yang asal. Di sana juga ada para syeikh yang zuhud, berilmu, warak dan beragama mempercayai perkara seperti ini. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia apabila datang ke kubur seseorang nabi, maka nabi tersebut akan keluar daripada kuburnya –dalam rupanya yang asal- dan bercakap dengannya. Di kalangan mereka ada yang melihat rupa seseorang syeikh di bahagian dalam Ka’bah, dia berkata: “Aku Ibrahim al-Khalil (Nabi Ibrahim)”. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa Nabi S.A.W keluar daripada hujrah (bilik persemadian atau kubur) baginda lalu bercakap dengannya. Golongan sufi menganggap ini sebagai karamahnya. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia jika bertanya orang di dalam kubur nescaya mereka akan menjawabnya”.

Sehingga Ibn Taimiyyah menceritakan ada di kalangan mereka yang apabila ada masalah akan datang dan bertanya kepada Nabi S.A.W, lalu Ibn Taimiyyah menyebut: “Sehingga kata Ibn `Abd al-Barr (ilmuwan agung Andalus, minggal 463H) kepada mereka yang mempercayai sebegini: “Celaka engkau, apakah engkau berpendapat orang ini lebih afdhal daripada al-Sabiqin al-Awwalin (para sahabat Nabi s.a.w yang awal menganut Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar?. Apakah ada di kalangan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang bertanya Nabi S.A.W (selepas baginda wafat) dan baginda menjawabnya?!! Sahabah telah bercanggah pendapat (selepas kewafatan Nabi s.a.w) dalam banyak perkara, adakah mereka bertanya Nabi S.A.W. dan baginda menjawabnya?!!. Ini Fatimah anak baginda yang berselisih pendapat dalam pusaka baginda, adakah beliau bertanya Nabi S.A.W dan baginda menjawabnya”. (Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 5/399, Riyadh: Maktab al-`Abikan).

Namun, malang sekali sepanjang sejarah, masih ada yang termakan dengan perkara-perkara yang seperti ini disebabkan mereka gagal membezakan antara menghormati tokoh agama dan mensucikannya. Cenderungan sesetengah penceramah agama melarang fikiran kritis dan akal yang aktif umat Islam, amat bercanggah dengan ajaran Islam.

Mereka itu sering berkata: “terima sahaja apa yang ulama atau tok guru cakap, jangan banyak fikir, Islam bukan ikut akal”. Islam mana yang tidak berteraskan akal yang matang dan benar?! Tok guru mana pula yang maksum semua cakapnya?! Ini akibat pembolotan kuasa pengaruh atas nama agama dan kegagalan umat membezakan antara menghormati dan mensucikan.

Sumber: www.drmaza.com

Tokoh Islam Dalam Sains dan Teknologi (Fakta Ringkas)

Posted by GPTD MAGHRIBI

Pakar Matematiks dan Sains: Muhamad ibn Musa Al- Khawarizmi

beliau adalah pengasas Ilmu dan formula Algebra berdasarkan
Kitab yang ditulisnya, Al-Jabr wal-Muqabala. Terma Algorithm di dalam ilmu matematik di ambil dari namanya, Al-Khawarizmi. beliau adalah orang yang pertama yang memperkenalkan sistem angka Arab dan juga sistem angkaHindu-Arab yang mana sistem ini telah di amalkan oleh tamadun-tamadun lain. Disamping pakar dalam ilmu matematik, beliau juga mahir dalam ilmu geografi. Dikatakan beliau adalah orang yang pertama yang menentukan keluasan laut Mediterranean.





Pakar Sains: Abu Ali al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham(Ibnu Al-Haytham)

Beliau merupakan Pengasas Ilmu Optik melalui buku yang dikarangnya “Book of Optic”. Sejarawan barat mengakuinya sebagai Bapa Perubatan Mata: “The most important development of the scientific method was the use of experiments to distinguish between competing scientific theories set within a generally empirical orientation, which began among Muslim scientists. Ibn al-Haytham is also regarded as the father of optics, especially for his empirical proof of the intromission theory of light.”






Pakar Perubatan: Abu Ali al-Husayn ibn Abdullah ibn Sina Balkhi (Ibnu Sina)

Beliau adalah seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam ilmu perubatan. dilahirkan di Baghdad sekitar kurun ke-9 Masehi. Hasil kesungguhannya dalam mendidik masyarakat, beliau telah melahirkan 800 orang doktor muslim. seorang sejarawan barat telah mengulas mengenai sumbangannya dalam bidang perubatan “great discoveries in the understanding of anatomy and diseases were made. The clinical distinction between measles and smallpox was discovered during this time.”Karya-karya agungnya seperti The Canon of Medicine dan The Book of Healing adalah antara karya yang menjadi rujukan hingga hari ini.
Antara karya Ibn Sina






Posted by GPTD MAGHRIBI

Amalkan...tapi jangan tinggal semua jika tak mampu

Terdapat banyak amalan yang boleh kita lakukan untuk mendekatkan Diri kepada ALLAH dan sentiasa mendapat ampunan dari ALLAH SWT serta syafaat dari kekasihnya...
Sekiranya kita tidak mampu untuk membuat bekalan yang banyak untuk hari yang kekal nanti, namun cubalah kita amalkan yg sedikit tapi istiqomah, insyaallah kita akan sentiasa dalam rahmat ALLAH.Sesunguhnya maha pengasih kepada hambanya.

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W :-

Pertama: TAHAJJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.(jangan sia2kan tengah malam dengan duniawi).
Kedua: MEMBACA AL`QURAN sebelum terbit matahari. (pasti kita akan mendapat ketenangan).
Ketiga: JANGAN TINGGALKAN MASJID terutama di waktu subuh. ( terutama kaum adam).
Keempat: JAGA SOLAT DHUHA, (kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha).
Kelima: JAGA SEDEKAH SETIAP HARI. (sedekahlah walau sedikit tapi ikhlas).
Keenam: JAGA WUDHU` TERUS MENERUS.(kerana ALLAH menyayangi hamba yang berwudhu.
Ketujuh: AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP SAAT.(ALLAH maha penerima taubat).


reNung-renungkn & selamat beRamaL...!!

MENYOROTI KISAH NATRAH

Posted by GPTD MAGHRIBI



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan Darul Khusus telah menganjurkan program ''Menyoroti Peristiwa Natrah; Ke Arah Penyatuan Umat'', di mana tema perbincangan dirujuk berdasarkan kepada buku,''Natrah (1937-2009) Cinta Rusuhan Dan Airmata'', yang telah disampaikan oleh pengarangnya sendiri, Datin Fatini Yaakob. .

Dalam pada itu menurut Datin Fatini Yaakob dalam artikelnya "Natrah - Kisah sebenar penyatuan orang Melayu'' dalam Berita Harian 20 Disember2009, ''Fakta sebenarnya, kita tidak kalah dalam Natrah! Kita tentang dengan berani kebiadapan penjajah pada masa itu, walaupun hanya dengan galah dan kayu. Kita berjaya melumpuhkan jentera pentadbiran Inggeris - sebuah kuasa besar penjajah zaman itu hingga terpaksa diisytiharkan darurat selama tiga hari tiga malam. Keberanian kita mengejutkan seluruh dunia! Mesej kemenangan moral ini berjaya kita hantar ke seluruh dunia dan memberikan kesan kejutan yang sungguh hebat. Sesungguhnya demikianlah hebatnya Islam, sebuah agama yang sangat menghargai dan memelihara akidah umatnya walaupun dia hanya seorang gadis kecil berusia 13 tahun.''
images/2010/978-983-52-0729-7.jpg

MAULIDUR RASUL 1431

Posted by GPTD MAGHRIBI

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

25 NAMA-NAMA NABI

ADAM

IDRIS

NUH

HUD

SOLEH

IBRAHIM

LUTH

ISMAIL

ISHAK

YA’KUB

YUSUF

AYYUB

SYU’AIB

MUSA

HARUN

ZULKIFLI

DAUD

SULAIMAN

ILYAS

ILYASA’

YUNUS

ZAKARIA

YAHYA

ISA

MUHAMMAD

muhdas

Makam Nabi Muhammad S.A.W

Sambung kat dalam.. Read More

m.s_abdullah_bapa_nabi

Makam Abdullah r.a (Ayahanda Nabi saw)

m._aminah_ibu_nabi

Makam Siti Aminah r.h (Ibunda Nabi saw)

MaqamS.Aisyah

Makam Saidatina Aishah r.h

m._siti_khadijah_isteri_nabi

makamkhadijah

Makam Saidatina Khadijah r.h
(Isteri Rasullah saw)

ummu_habibah

Makam Ummu Habibah r.h
(Isteri Nabi s.a.w)

SaiyidahSoffiahSadat

Makam Saidatina Sofiyyah r.h

m.SaiyidahRuqaiyah

Makam Saidatina Siti Ruqayah r.h

SayyidunaSariyahalJabal

Makam Sariyah Al-Jabal r.a

UmmKalthom

Makam Ummi Kalsum r.h

SaiyidahAtiqah

Makam Saiyyidah A’tiqah
(Mak saudara Nabi sblh bapa)

m.zainabanaknabi

Makam Saidatina Zainab r.h
(Puteri Rasullah saw)

SaiyidahFatimahNabawiah

Makam Saidatina Fatimah r.h

m.fatimahal-zahra

Makam Saidatina Fatimah Al-Zahra r.h

halimatulsyadiah

Makam Halimatul Sya’diah

fatimahbintiasadibus.ali

Makam Fatimah binti Asad (Ibu Saidina Ali)

m.s.nafisahcucunabi

Makam Saidah Nafisah r.h
(Cucu Rasulullah s.a.w)

m.szainabcucunabi

Makam Saidah Zainab r.h
(Cucu Rasulullah s.a.w)

m.rabiatuladawiyah

makam rabiatul adawiyyah

KhalwahSaidahNafisah

Tempat klalwah Saidatina Nafisah r.h

m._s_husin_cucu_nabi

Makam Saidina Husien ra (Cucu Nabi saw)

makamabutalib

Makam Abu Talib (Bapa Saudara Nabi saw)

makamnabidaud

Makam Nabi Daud A.S (Israel)

makamnabiyusuf

Makam Nabi Yusuf A.S (Jordan)

makamnabiibrahim

dulu

makam_ibrahim

Sekarang

MaqamNabiIbrahimzul

Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim Alayhissalam.jpg sebagaimana pendapat orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim Alayhissalam.jpg berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail Alayhissalam.jpg memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat. Wikipedia

makamnabilut

Makam Nabi Lut A.S (Iraq)

makamnabisaleh

Makam Nabi Saleh A.S

makammusa

Makam Nabi Musa A.S (Israel)

makamsyuaib

n._syuib

Makam Nabi Syu’aib A.S

makamharun

Makam Nabi Harun A.S

makamzakaria

n._zakaria

Makam Nabi Zakaria A.S (Syiria)

makamyahya

n._yahya

Makam Nabi Yahya A.S

n._sulaiman

Makam Nabi Sulaiman A.S

n._hud

Makam Nabi Hud A.S (Yaman)

n._ayub

Makam Nabi Ayub A.S (Syiria)

n._daniel_2

Makam Nabi Daniel A.S

luqman_nul_hakim

Makam Luqman Nul-Hakim