Posted by GPTD MAGHRIBI

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA
PRESIDEN GPTD

AHAD,1o JAN 2010,Pada tarikh ini kami ahli GPTD USIM telah berpeluang berjumpa dengan Presiden GPTD,Saudara Suhail Bin Ahmad di Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan,USIM.Kedua-dua grup GPTD (Maghribi dan Syria) telah dapat menghadirkan diri pada malam tersebut.Kedatangan saudara Suhail dan Isterinya amat bermakna bg kami, GPTD USIM.

Majlis ramah mesra ini adalah bertujuan untuk mengenal Presiden GPTD dengan lebih dekat dalam erti kata lain ingin merapatkan ukhwah antara kami.Walaupun perjumpaan ini agak ringkas tetapi ukhwah yang dibina ibarat tiada akan ada putusnya.Selain itu juga saudara Suhail berkongsi pengalaman beliau bersama GPTD.Pengalam senior amatlah bermakna pada kami kerana mengajar erti sebenar dakwah.Sekaligus memberi motivasi kepada aktivis muda seperti kami.Kepada kawan-kawan,ingat ye pesan abg suhail.

Jutaan terima kasih kepada Saudara Suhail dan isteri kerana kesudian bertandang ke tempat kami dan berjumpa kami di sini.Pengalaman manis ini tidak akan dilupakan kerana memberi semangat baru kepada kami untuk memperjuangkan Islam dengan lebih baik.Tidak dilupakan juga kepada ahli-ahli grup yang telah hadir.Terima kasih atas kerjasama semua pihak.Semoga misi GPTD kita akan tercapai..InsyaALLAH..















Berdiri dari kiri: Syuhada,Nik Suhaida,Kak Nad(isteri abg suhail),
Wan Rashidah,Syuhada dan Farah
Duduk dari kiri: Hamka,Salmi,Husin,Abang Suhail(Presiden GPTD),
Shahrul dan Zaini
















abg suhail rancak dgn pesanan-pesanannya..
















para muslimin tekun mendengar..
















muslimat juga..


0 comments:

Post a Comment