Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
25 NAMA-NAMA NABI | |||||
ADAM | IDRIS | NUH | HUD | SOLEH | IBRAHIM |
LUTH | ISMAIL | ISHAK | YA’KUB | YUSUF | AYYUB |
SYU’AIB | MUSA | HARUN | ZULKIFLI | DAUD | SULAIMAN |
ILYAS | ILYASA’ | YUNUS | ZAKARIA | YAHYA | ISA |
MUHAMMAD |
Makam Nabi Muhammad S.A.W
Sambung kat dalam.. Read More
Makam Abdullah r.a (Ayahanda Nabi saw)
Makam Siti Aminah r.h (Ibunda Nabi saw)
Makam Saidatina Aishah r.h
Makam Saidatina Khadijah r.h
(Isteri Rasullah saw)
Makam Ummu Habibah r.h
(Isteri Nabi s.a.w)
Makam Saidatina Sofiyyah r.h
Makam Saidatina Siti Ruqayah r.h
Makam Sariyah Al-Jabal r.a
Makam Ummi Kalsum r.h
Makam Saiyyidah A’tiqah
(Mak saudara Nabi sblh bapa)
Makam Saidatina Zainab r.h
(Puteri Rasullah saw)
Makam Saidatina Fatimah r.h
Makam Saidatina Fatimah Al-Zahra r.h
Makam Halimatul Sya’diah
Makam Fatimah binti Asad (Ibu Saidina Ali)
Makam Saidah Nafisah r.h
(Cucu Rasulullah s.a.w)
Makam Saidah Zainab r.h
(Cucu Rasulullah s.a.w)
makam rabiatul adawiyyah
Tempat klalwah Saidatina Nafisah r.h
Makam Saidina Husien ra (Cucu Nabi saw)
Makam Abu Talib (Bapa Saudara Nabi saw)
Makam Nabi Daud A.S (Israel)
Makam Nabi Yusuf A.S (Jordan)
dulu
Sekarang
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim
berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail
memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat. Wikipedia
Makam Nabi Lut A.S (Iraq)
Makam Nabi Saleh A.S
Makam Nabi Musa A.S (Israel)
Makam Nabi Syu’aib A.S
Makam Nabi Harun A.S
Makam Nabi Zakaria A.S (Syiria)
Makam Nabi Yahya A.S
Makam Nabi Sulaiman A.S
Makam Nabi Hud A.S (Yaman)
Makam Nabi Ayub A.S (Syiria)
Makam Nabi Daniel A.S
Makam Luqman Nul-Hakim
0 comments:
Post a Comment